LENSA KPWKM

PROGRAM KASIH KELUARGA & KICK OFF SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 2025 SEMPENA SANTUBONG DAY

Program      18 Oktober 2025      Sarawak    

PROGRAM KASIH KELUARGA & KICK OFF SAMBUTAN BULAN KELUARGA KEBANGSAAN 2025 SEMPENA SANTUBONG DAY

18 OKTOBER 2025

KASIH Keluarga, Bahagia Bersama telah diangkat sebagai tema sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan perasmian Program KASIH Keluarga bersempena Santubong Day, anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Program ini juga menjadi titik permulaan kepada Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 yang akan diraikan di seluruh negara sepanjang bulan November. Tema KASIH Keluarga, Bahagia Bersama” dipilih bagi mengimarahkan nilai KASIH iaitu kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, berilmu serta harmoni.

Program KASIH Keluarga dan Kick Off Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) 2025 bersempena Santubong Day memberi fokus kepada pengukuhan institusi keluarga sebagai asas pembinaan masyarakat sejahtera dalam kerangka Malaysia MADANI. Program yang berlangsung hari ini telah berjaya perhimpunan komuniti melaksanakan aktiviti berasaskan warisan sejarah seperti Bercerita Rakyat bertemakan “Berakhlak dan Peribadi Mulia” dan pertandingan sukan rakyat.

Turut hadir pada majlis ialah YBhg. Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN, YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Puan Nordina Binti Haron, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara, Suhaili Bin Kifli, Penghulu Kampung Santubung, pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi KPWKM.

ATAS
Accessbility Option