LENSA KPWKM

PROGRAM ANAK ANGKAT KAMPUNG SANTUBONG JALINAN KASIH KOMUNITI

Program      17 Oktober 2025      Sarawak    

Program Anak Angkat Kampung Santubong: Jalinan Kasih Komuniti

17 Oktober 2025

YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah merasmikan Program Cakna Komuniti di Kampung Santubong.

Program ini telah mengumpulkan 99 mahasiswa i-CATS University College, Kuching untuk tinggal bersama keluarga angkat selama empat hari tiga malam.

Program bersempena dengan Santubong Day ini dianjurkan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melalui Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS).

Sebelum program ini berlangsung, para mahasiswa telah menyertai sesi latihan dan pengenalan di bawah inisiatif Sahabat PSSS: Mahasiswa Prihatin, yang memberi pendedahan kepada fungsi dan peranan PSSS, kemahiran asas menolong, serta perkongsian pengalaman sebenar daripada kaunselor lapangan.

Mereka juga didedahkan kepada pelbagai bentuk bantuan dan perkhidmatan sosial yang disediakan oleh agensi-agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam suasana kekeluargaan di kampung, mahasiswa berpeluang mempelajari nilai kasih sayang, hormat dan kebersamaan sebagai asas penting dalam memperkukuh institusi keluarga dan keharmonian masyarakat.

Pengalaman lapangan ini turut mengasah kemahiran komunikasi, empati, kepimpinan, dan kerja berpasukan, sekali gus membentuk generasi muda yang berjiwa penyayang dan prihatin terhadap isu sosial di sekeliling mereka.

ATAS
Accessbility Option