LENSA KPWKM

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK UBAH SUAI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH (PKMD) PENDANG

Program      6 Julai 2026      Kedah    

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK UBAH SUAI PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH (PKMD) PENDANG

6 Julai 2026

Projek ubah suai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Pendang, yang merupakan salah satu daripada enam (6) Projek Cakna MADANI Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), kini menawarkan manfaat secara langsung kepada rakyat melalui penyediaan kemudahan yang lebih moden, kondusif dan mesra pelanggan.

Projek yang berjaya disiapkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) ini telah diserahkan secara rasmi kepada KPWKM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memperkukuh penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada masyarakat di daerah Pendang, selaras dengan komitmen kerajaan untuk memastikan akses kepada perkhidmatan kerajaan yang lebih cekap, inklusif dan berkesan.

Pelaksanaan projek ini selaras dengan objektif Projek Cakna MADANI, iaitu meningkatkan akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan, memperkukuh kesejahteraan komuniti melalui penyediaan infrastruktur awam yang berkualiti serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efisien, responsif dan berimpak tinggi.

PKMD Pendang telah mula beroperasi pada 22 Jun 2026 dengan menampilkan konsep rekaan moden kontemporari yang menyediakan ruang perkhidmatan lebih selesa, kondusif dan mesra pelanggan.

KPWKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan dedikasi dalam merealisasikan Projek Ubah Suai PKMD Pendang.

Majlis penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM. Turut hadir ialah Pengarah JKR Kedah, Setiausaha Bahagian Pembangunan KPWKM, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan JKM, Pengarah JKM Negeri Kedah serta pegawai-pegawai kanan KPWKM, JKM dan JKR.

Kredit Foto : JKR Daerah Pendang

ATAS
Accessbility Option