LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN DAN PLENARI KHAS PERSIDANGAN ANTARABANGSA KESELAMATAN SOSIAL (WSSF) 2025

Program      29 September 2025      Kuala Lumpur    

Majlis Perasmian dan Plenari Khas Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 (WSSF) 2025

29 September 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini menghadiri Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 (WSSF) yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim. YB Nancy turut menjadi salah seorang panelis bagi Dialog Plenari Khas yang diadakan bersempena penganjuran forum ini.

Dalam sesi tersebut, YB Menteri menekankan bahawa usaha memperkukuh ekonomi penjagaan bukan sekadar menyentuh aspek kesaksamaan gender, tetapi mewujudkan sebuah masyarakat yang berperikemanusiaan, berdaya tahan dan bersedia menghadapi cabaran masa depan.

Forum yang berlangsung selama lima hari bermula dari 29 September hingga 3 Oktober 2025 ini menghimpunkan pemimpin-pemimpin dari organisasi keselamatan sosial seluruh dunia bagi membincangkan cabaran perlindungan sosial dalam persekitaran yang sentiasa berubah dengan pantas. Bertemakan ‘Membentuk Keselamatan Sosial Untuk Dunia Yang Sedang Berubah’, forum ini juga menjadi ruang bagi meneroka idea baharu, inovasi serta pendekatan futuristik.

KPWKM menyokong sepenuhnya penganjuran forum berskala antarabangsa ini selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara. Turut hadir dalam majlis hari ini ialah YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM serta YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

ATAS
Accessbility Option