LENSA KPWKM

TAKLIMAT KESEDARAN MENGENAI KEPENTINGAN PERANCANGAN DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA MELALUI WASIAT DAN HIBAH

Program      11 Mei 2026      KPWKM    

Taklimat Kesedaran Mengenai Kepentingan Perancangan dan Pentadbiran Harta Pusaka Melalui Wasiat dan Hibah

11 Mei 2026

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama strategik MyAngkasa Amanah Berhad dan PERKESO telah menganjurkan Taklimat Kesedaran Mengenai Kepentingan Perancangan dan Pentadbiran Harta Pusaka Melalui Wasiat dan Hibah bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan penyertaan seramai kira-kira 90 orang warga KPWKM.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran serta memberi pendedahan kepada penjawat awam khususnya warga KPWKM mengenai kepentingan perancangan awal dan pentadbiran harta pusaka secara teratur melalui instrumen wasiat dan hibah, di samping memahami aspek perlindungan sosial serta kebajikan keluarga.

Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Zaidi Shahrim, Ketua Pegawai Eksekutif MyAngkasa Amanah Berhad yang berkongsi mengenai kepentingan perancangan harta melalui wasiat, diikuti Encik Rajasegaran a/l Murali Daran, Pegawai Eksekutif PERKESO yang menyampaikan taklimat berkaitan inisiatif Lindung Kasih PERKESO, serta Encik Jauharie Moharam daripada MyAngkasa Amanah Berhad yang menerangkan mengenai Pelan MyWasiat dan Lindung Kasih PERKESO.

Secara keseluruhannya, program ini telah memberi manfaat dan nilai tambah kepada para peserta melalui perkongsian ilmu serta maklumat berkaitan kepentingan pengurusan dan pentadbiran harta pusaka secara sistematik. Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan kesedaran warga KPWKM untuk membuat perancangan awal demi menjamin kebajikan, kesejahteraan serta kemudahan pengurusan harta oleh keluarga dan waris pada masa hadapan.

ATAS
Accessbility Option