LENSA KPWKM

KPWKM MANTAPKAN PENYELIDIKAN SOSIAL MELALUI PEMBENTANGAN HASIL KAJIAN ISM 2025

Program      1 Disember 2025      Putrajaya    

KPWKM Mantapkan Penyelidikan Sosial Melalui Pembentangan Hasil Kajian ISM 2025

1 Disember 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) terus memperkasa pembangunan sosial berasaskan bukti dan penyelidikan dengan penganjuran Sesi Pembentangan Hasil Kajian Institut Sosial Malaysia (ISM) Tahun 2025 di Putrajaya. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Penyelidikan sosial merupakan komponen penting dalam memastikan dasar dan program yang digubal oleh KPWKM sentiasa relevan, responsif dan berpaksikan keperluan rakyat.

Kajian yang dilaksanakan merangkumi pelbagai bidang kritikal seperti peranan job coach dalam membantu pekerja Orang Kurang Upaya (OKU), tahap pemahaman wanita mengenai hak dan proses perceraian, penyertaan wanita dalam sektor informal, serta keberkesanan rumah perlindungan mangsa pemerdagangan orang. Turut dibentangkan ialah kajian penambahbaikan Pelan Strategi Kebangsaan bagi menangani isu perkahwinan bawah umur.

Hasil dapatan kajian memainkan peranan penting dalam menambah baik dasar sedia ada serta merangka program baharu yang lebih holistik, inklusif dan berimpak tinggi. Ia sekaligus membantu KPWKM memastikan setiap intervensi yang dibangunkan benar-benar menyentuh keperluan kumpulan sasar.

Sesi pembentangan ini turut berfungsi sebagai platform perkongsian pengetahuan, perbincangan ilmiah serta pengukuhan jaringan kolaborasi strategik antara penyelidik dan pihak kementerian. Sinergi tersebut diyakini mampu menyumbang kepada pembangunan penyelesaian sosial yang lebih mampan.

Turut hadir, Puan Norhaslinda Mohd Sibi, Pengarah ISM, Puan Wan Noraidah Wan Mohd Zain, Timbalan Ketua Pengarah (Strategik), JKM serta pegawai-pegawai Jabatan dan Agensi KPWKM.

ATAS
Accessbility Option