YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menandatangani Penyata Kewangan Kementerian KPWKM (Pra-Peralihan) bagi tahun berakhir 31 Disember 2024.
Penyata Kewangan tersebut telah dibentangkan oleh YBrs. Puan Saadiah Binti Yaacob, Setiausaha Bahagian Akaun KPWKM dalam satu sesi yang turut dihadiri oleh YBrs. Puan Farah Adura Binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) serta semua Akauntan dari Bahagian Akaun, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pembangunan Wanita.
Penyata Kewangan Kementerian yang menunjukkan kedudukan dan prestasi kewangan Kementerian diharap dapat memberi nilai tambah kepada Kementerian dalam memastikan pengurusan perakaunan dan kewangan KPWKM kekal telus, cemerlang dan berintegriti.
Kejayaan menghasilkan Penyata Kewangan Kementerian ini merupakan hasil daripada dedikasi, komitmen, kerjasama serta iltizam semua pegawai khususnya pegawai perakaunan di Kementerian dan Jabatan seluruh Malaysia. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyediaan Penyata Kewangan KPWKM tahun 2024.