LENSA KPWKM

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN KPWKM BILANGAN 12 TAHUN 2025

Program      22 Disember 2025      KPWKM    

Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bilangan 12 Tahun 2025

22 Disember 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan KPWKM Bil. 12/2025 hari ini menutup tirai tahun 2025 apabila warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berhimpun di Dewan Perdana Nur KPWKM yang diurusetiakan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM dalam ucapannya berkongsi pencapaian Kementerian serta merakamkan penghargaan atas komitmen warga kerja, di samping menzahirkan harapan agar tahun 2026 menyaksikan lebih banyak inisiatif berimpak tinggi, kerjasama strategik yang diperkukuh dan budaya kerja cemerlang yang berterusan.

Antara pencapaian Kementerian sepanjang tahun 2025 merangkumi:

*Agenda Pemerkasaan Wanita
-Pelancaran Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025–2030 yang memberi manfaat kepada 16.1 juta Wanita
-Penyertaan lebih 74,000 peserta menerusi Kempen Elimination of Violence Against Women (EVAW)
-Pelancaran Pelan Tindakan Kebangsaan Wanita, Keamanan dan Keselamatan (NAP WPS) pertama Malaysia

*Agenda Mengukuhkan Institusi Kekeluargaan
-1,482 pengamal MamaCare ditauliahkan (DKM Tahap 4) dan hampir 60,000 wanita menerima manfaat penjagaan selepas bersalin
-Pemeteraian MoU antara LPPKN dan JPN bagi memperkukuh kolaborasi strategik
-Membantu 103 wanita hamil melalui kaedah IUI

Majlis turut menyaksikan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli Majlis Perwakilan Pekerja sesi 2024–2025 dan pemberian buah tangan kepada warga KPWKM yang menyambut Hari Natal.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Puan Farah Adura Binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai kanan Kementerian.

ATAS
Accessbility Option