KARNIVAL WARGA EMAS SEMPENA SAMBUTAN WARGA EMAS TAHUN 2025
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengadakan Karnival Warga Emas sempena Sambutan Warga Emas Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Karnival yang diadakan selama dua (2) hari bermula pada 4 hingga 5 Oktober 2025 merupakan salah satu pengisian yang memberi kelainan bagi Sambutan Warga Emas Tahun 2025.
Karnival ini juga dilihat sebagai usaha berterusan bagi memperkasa warga emas, bukan sahaja dari aspek kesihatan dan kebajikan, malah emosi dan hubungan sosial, agar terus menjadi aset penting kepada negara.
Melalui karnival ini, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti SenaMAS, Pameran Jabatan/Agensi, Program Citra Minda Intergenerasi, Jualan Rahmah, sukaneka, sukan rakyat, persembahan kesenian dan Seminar PAWE 2025.
Warga Emas, Wajah Masa Depan Kita