Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

MESYUARAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI ORANG KURANG UPAYA (MKBOKU) BIL.12025

Mesyuarat      28 April 2025      KPWKM    

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) Bil.1/2025 yang menjadi platform bagi membincangkan secara terperinci tentang inisiatif-inisiatif Kementerian dalam membangun dan memperkasa OKU di negara ini.

Melalui mesyuarat ini, empat kertas makluman telah dibentangkan antaranya:

???? Inisiatif Latihan dan Penempatan Industri Bagi Orang Kurang Upaya (OKU)
???? Penyediaan Perkhidmatan Kewangan Kepada Orang Kurang Upaya (OKU)
???? Pelaksanaan Audit Akses 2025
???? Status Urusan Pindaan Akta OKU 2008 [Akta 685]

KPWKM melalui Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya akan terus komited melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menjamin kesejahteraan OKU. YB Menteri turut menyeru penglibatan semua pihak dalam memastikan hak serta kebajikan OKU terpelihara dan tidak terpinggir dari agenda pembangunan negara.

ATAS
Accessbility Option