LENSA KPWKM

MALAM UNGGUN API SERIBU HARAPAN AYAH, SEJUTA IMPIAN ANAK

Program      14 Jun 2025      Sarawak    

Malam Unggun Api: Seribu Harapan Ayah, Sejuta Impian Anak

14 Jun 2025

Bersempena Sambutan Hari Bapa yang diraikan pada setiap 15 Jun, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menganjurkan program istimewa iaitu Kem Kapten Keluarga dan salah satu pengisiannya ialah “Malam Unggun Api: Seribu Harapan Ayah, Sejuta Impian Anak”.

Program ini dilaksanakan sebagai inisiatif memperkukuh institusi kekeluargaan melalui pendekatan komunikasi terbuka antara bapa dan anak. Ia bertujuan mewujudkan ruang yang selamat dan menyokong para bapa meluahkan harapan mereka terhadap anak-anak, sambil memberi peluang kepada anak-anak untuk menyuarakan impian dan perasaan mereka secara jujur dan bermakna.

Interaksi ini diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan kekeluargaan yang berasaskan kasih sayang, saling menghormati dan persefahaman.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut hadir dan berkongsi pandangan serta pengalaman beliau berkaitan nilai dalam usaha membentuk keluarga yang harmoni, sejahtera dan berdaya tahan.

Seramai 30 buah keluarga dari pelbagai daerah di negeri Sarawak telah mengambil bahagian dalam program ini. Sepanjang penganjurannya, pelbagai pengisian telah dilaksanakan yang menumpukan kepada aspek nilai KASIH dalam keluarga, terapi pengurusan emosi, pembinaan peranan keibubapaan serta sesi refleksi diri.

Program ini bukan sahaja menjadi medan pengukuhan hubungan kekeluargaan, malah turut menjadi manifestasi keprihatinan kerajaan dalam menyemarakkan nilai kekeluargaan yang sejahtera.
Selamat hari bapa.

ATAS
Accessbility Option