LENSA KPWKM

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK KASIH KANAK-KANAK

Program      13 September 2025      Kedah    

Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak

13 September 2025

Seusai kayuhan Jelajah Kasih Komuniti YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini telah hadir dan menyempurnakan Majlis Perasmian Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Pokok Sena, Kedah.

Matlamat program advokasi ini ialah untuk menggerakkan seluruh lapisan masyarakat termasuk ibu bapa dan komuniti setempat agar bersama-sama memastikan kebajikan, keselamatan dan perkembangan kanak-kanak terpelihara sepenuhnya.

Usaha ini juga menyokong inisiatif kerajaan dalam mencegah penderaan fizikal, emosi, seksual, pengabaian, eksploitasi atau sebarang bentuk penganiayaan sejajar dengan Akta Kanak-Kanak 2001.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh advokasi perlindungan kanak-kanak, sebagai satu gerakan nasional yang menyeluruh dan inklusif.

Turut diadakan Forum berkaitan kanak-kanak yag menampilkan panelis daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Selain itu turut diadakan reruai pameran Agensi dan Jabatan KPWKM.

Turut hadir pada hari ini adalah YBrs Puan Rosmahwati binti Ishak, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pegawai-pegawai kanan
Kementerian dan Jabatan.

ATAS
Accessbility Option