LENSA KPWKM

LAWATAN RASMI YBHG. DATIN SAFIDA ZALMA BINTI MOHD PIAH KE PUSAT KELUARGA LPPKN SARAWAK

Lawatan      16 Januari 2026      Sarawak    

Lawatan Rasmi YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah ke Pusat Keluarga LPPKN Sarawak

16 Januari 2026

Hari ini, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mengadakan lawatan rasmi ke Bangunan Baharu Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Sarawak yang telah mula beroperasi sejak bulan November 2024.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Encik Jimbau Munggat, Pengarah LPPKN Negeri Sarawak berkaitan fungsi dan pelaksanaan program di pusat berkenaan.

Pusat Keluarga LPPKN dibangunkan dengan objektif utama menyediakan perkhidmatan sokongan sosial, pendidikan keibubapaan dan intervensi awal di bawah satu bumbung, serta memupuk kesejahteraan dan keharmonian keluarga melalui pelbagai program untuk ahli keluarga dan komuniti setempat.

Selain itu, Pusat Keluarga LPPKN berperanan sebagai hab sehenti yang menyediakan akses kepada khidmat kaunseling keluarga, pembangunan remaja, kesejahteraan reproduktif, serta pengukuhan institusi keluarga, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkasa sokongan menyeluruh kepada keluarga merentas semua peringkat usia dan latar belakang.

ATAS
Accessbility Option