LENSA KPWKM

MAJLIS MAKAN MALAM YB KPWKM BERSAMA WANITA PERTAMA TURKIYE SEMPENA FORUM KELUARGA ANTARABANGSA

Mesyuarat      23 Mei 2025      Pilihan    

Majlis Makan Malam YB KPWKM Bersama Wanita Pertama Turkiye Sempena Forum Keluarga Antarabangsa

Yang Berhormat Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berbesar hati menerima jemputan ke majlis makan malam anjuran Wanita Pertama Türkiye, H.E. Emine Erdo?an, yang diadakan di Esma Sultan Mansion.

Dalam ucapan selamat datang oleh Wanita Pertama Turkiye, beliau menegaskan mengenai kepentingan sokongan sosial, keterlibatan komuniti serta kolaborasi para pemegang taruh dalam segala agenda pembangunan keluarga.

Beliau turut menyatakan bahawa nilai keluarga seperti masa berkualiti bersama keluarga dan menziarah sanak saudara adalah asas yang perlu dikekalkan selain penglibatan keluarga dalam inisiatif Zero Waste secara menyeluruh.

Malaysia menyambut baik inisiatif ini yang mengetengahkan kaitan antara celik eko, tingkah laku isi rumah dan kelestarian antara generasi yang membuktikan bahawa kelestarian sebenar bermula dari rumah.

ATAS
Accessbility Option