Himpunan Solidariti Bersama Gaza telah diadakan di Axiata Arena dan disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar bin Ibrahim Perdana Menteri Malaysia.
Warga KPWKM terus berdiri teguh bersolidariti bersama rakyat Gaza. Kekejaman yang dilakukan tentera Israel tehadap rakyat Gaza termasuk golongan wanita, kanak-kanak, warga emas adalah bertentangan dengan perjuangan KPWKM yang memartabatkan nilai kasih sayang dan keprihatinan sesama insan.
Keberanian, kecekalan dan pengorbanan wira dan wirawati negara yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) menjadi inspirasi seluruh rakyat Malaysia dalam memperjuangkan nasib rakyat Gaza yang terus dizalimi.
“Free Palestine” ????????