LENSA KPWKM

PERSIDANGAN PENGURUS SUMBER MANUSIA KPWKM 2025

Mesyuarat      26 Ogos 2025      Negeri Sembilan    

Persidangan Pengurus Sumber Manusia KPWKM 2025

Persidangan Pengurus Sumber Manusia KPWKM 2025 telah berlangsung dengan jayanya pada 24–26 Ogos 2025 di Royale Chulan, Seremban berteraskan tema “Memacu Transformasi Sumber Manusia: Strategik, Digital dan Berdaya Tahan”.

Persidangan ini menghimpunkan 70 pengurus sumber manusia dari Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah kawalan KPWKM, dengan objektif menjadi pemangkin ilmu, memantapkan kefahaman serta memberi pendedahan kepada inisiatif baharu perkhidmatan awam.

Antara pengisian persidangan merangkumi perkongsian Pengurusan Psikologi, Kecerdasan Buatan (AI), Penjagaan Kesihatan Mental di Tempat Kerja, Dasar Pembangunan Bakat, Pelaksanaan SSPA, pengurusan Integriti serta “Say It Session” bersama TKSU (Pengurusan).

Kemuncak persidangan diserikan dengan Majlis Amanat YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, yang memacu semangat dan hala tuju strategik dalam memperkasa peranan Pengurus Sumber Manusia ke arah transformasi KPWKM yang berdaya saing.

Bersama kita melangkah ke arah HR yang inovatif dan berdaya tahan!

ATAS
Accessbility Option