YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KWPKM telah menerima kunjungan hormat daripada Suruhanjaya Tinggi Australia yang diketuai oleh Clare Gatehouse, political-Economic Counsellor.
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk meneliti dan meneroka peluang kolaborasi yang boleh dilaksanakan antara kedua-dua negara khususnya berkaitan Industri Penjagaan dan pemerkasaan kumpulan sasar KPWKM.
KPWKM terus komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kesejahteraan kumpulan sasar. Semoga jalinan kerjasama ini terus mengukuhkan hubungan antarabangsa dan memberi manfaat kepada kedua-dua negara.
Turut hadir adalah Setiausaha Bahagian dan wakil daripada Bahagian Kolaborasi Strategik, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Bahagian Hubungan Antarabangsa serta wakil daripada Pejabat Menteri.