LENSA KPWKM

TEMUBUAL YBM KPWKM BERSAMA NASIONAL FM

Aktiviti      10 Mac 2026      Kuala Lumpur    

Sekitar temu bual bersama YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi mengupas mengenai Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang berlangsung pada hari ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Dalam temu bual tersebut, YB Menteri menyeru masyarakat untuk terus meraikan dan menghargai para wanita yang memainkan pelbagai peranan dalam kehidupan. Beliau turut menekankan bahawa wanita merupakan tunjang penting dalam pembangunan keluarga dan negara.

Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2026 yang bertemakan “Memartabat Wanita, Memperkukuh Negara” menjadi platform penting bagi mengiktiraf sumbangan wanita dalam pelbagai bidang, selari dengan usaha memperkasa wanita ke arah masa depan yang lebih inklusif dan sejahtera.

Ayuh datang beramai-ramai ke MITEC pada hari ini dan bersama kita raikan wanita-wanita hebat yang menjadi inspirasi dalam mencorakkan masa depan negara.

ATAS
Accessbility Option