Terima kasih kerana melayari Portal Rasmi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Portal ini dalam tempoh pengujian. Portal ini mungkin akan memaparkan maklumat yang kurang tepat sepanjang tempoh ini, sebarang pertanyaan sila emelkan kepada ukk@kpwkm.gov.my. Sekian, terima kasih.

LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS YBM KPWKM BERSAMA KELAB EKTA KL

Lawatan      28 April 2025      Kuala Lumpur    

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Kelab EKTA Kuala Lumpur yang diketuai oleh YBhg. Datin Kuldip Kaur, Presiden Kelab EKTA Kuala Lumpur. Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi di bawah KPWKM.

Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk membincangkan inisiatif yang dapat dilaksanakan sebagai langkah kesiapsiagaan golongan warga emas terutamanya menjelang negara tua.

KPWKM sentiasa komited menggembleng tenaga dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat khususnya kumpulan sasar di bawah Kementerian dilaksanakan dengan berkesan.

ATAS
Accessbility Option