LENSA KPWKM

PROGRAM ADVOKASI PERLINDUNGAN KANAK-KANAK KASIH KANAK-KANAK BERSAMA KELAB PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) 2025

Program      16 Ogos 2025      Sarawak    

Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak Bersama Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2025

16 Ogos 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menganjurkan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak Bersama Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2025 di Dewan Utama (Balai Budaya) Dewan Bahasa dan Pustaka, Cawangan Sarawak.

Program ini membuktikan komitmen KPWKM dan kerajaan MADANI untuk mendengar suara kanak-kanak, menghormati hak mereka, dan memastikan kesejahteraan mereka. Ia juga menumpukan kepada pencegahan buli, termasuk buli siber, yang memberi kesan negatif kepada emosi, keyakinan diri dan keselamatan kanak-kanak.

Program ini memperkasakan PRS sebagai ejen perubahan di sekolah menengah bagi menyemai empati, meningkatkan kesedaran hak kanak-kanak, dan membina kepimpinan, serta mewujudkan persekitaran bebas buli.

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyeru agar kes-kes buli tidak diambil ringan dan segera dilaporkan melalui saluran yang betul seperti Talian Kasih 15999 atau WhatsApp ke 019-2615999, bagi memastikan ia diambil tindakan dan keselamatan serta masa depan kanak-kanak sentiasa terpelihara.

Kerajaan optimis bahawa melalui kerjasama pelbagai pihak, generasi muda yang berani menolak buli, menghormati sesama insan, dan memupuk kasih sayang dapat dibentuk demi masa depan negara yang lebih sejahtera.

ATAS
Accessbility Option