LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT EMPOWER DAN ASSOCIATION WOMEN LAWYERS KEPADA MENTERI PWKM

Mesyuarat      23 Februari 2026      Parlimen    

Kunjungan Hormat Empower dan Association Women Lawyers kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

23 Februari 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Empower dan Association Women Lawyers yang diwakili oleh Encik Gopalan-K Papachan, Pengarah Eksekutif Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER) bertempat di Parlimen, Malaysia.

Perjumpaan ini bertujuan membincangkan Projek30%, sebuah inisiatif untuk menggalakkan pencalonan minima 30% wanita di peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) melalui cadangan Akta Gender Parity in Political Representation (GPPR).

Antara fokus utama perbincangan adalah:

-Keperluan Perundangan: Memandangkan perwakilan wanita di Dewan Rakyat kini hanya pada tahap 13.5%, langkah proaktif melalui akta standalone diperlukan bagi mempercepatkan kesaksamaan gender.

-Dana 30%: Cadangan insentif kewangan kepada parti politik yang berjaya mencapai sasaran pencalonan wanita bagi menyokong pembinaan kapasiti dan kempen.

-Impak Sosio-Ekonomi: Peningkatan penyertaan politik wanita mampu meningkatkan kesejahteraan keluarga, dan kestabilan negara.

KPWKM menyambut baik usaha ini dan sentiasa komited dalam menyokong inisiatif yang mampu mengangkat martabat wanita serta memastikan suara wanita terus inklusif dalam proses pembuatan dasar negara.

ATAS
Accessbility Option