LENSA KPWKM

KPWKM RAIH LIMA BINTANG SKPPSM 2025

Program      29 September 2025      Putrajaya    

KPWKM Raih Lima Bintang SKPPSM 2025

29 September 2025

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah meraih pengiktirafan tertinggi dengan menerima Sijil Penarafan Bintang Standard Kualiti Perkhidmatan Psikologi Sumber Manusia (SKPPSM) Tahun 2025, yang dianugerahkan dengan penarafan lima bintang penuh.

Penganugerahan ini berlangsung pada Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-29 di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media Angkasapuri, Kuala Lumpur. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, dan turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.

Bagi pihak kementerian, YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff Ketua Setiausaha KPWKM telah hadir untuk menerima anugerah berprestij ini yang menjadi bukti komitmen KPWKM dalam memperkukuh kesejahteraan psikologi warganya.

Pengiktirafan ini mencerminkan usaha berterusan KPWKM dalam memperkasa kualiti perkhidmatan awam demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

ATAS
Accessbility Option