LENSA KPWKM

SESI PERJUMPAAN YAB PERDANA MENTERI BERSAMA WARGA KEMENTERIAN DALAM NEGERI MELALUI SIDANG VIDEO (SIARAN LANGSUNG)

Mesyuarat      19 Februari 2026      KPWKM    

KPWKM Sahut Seruan YAB Perdana Menteri Memperkukuh Integriti Dan Akauntabiliti

19 Februari 2026

Perjumpaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Auditorium Setia Perkasa 8, KDN, Putrajaya pagi ini turut disertai oleh warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) secara dalam talian.

Dalam amanatnya, YAB Perdana Menteri menekankan kepentingan menghayati tuntutan Ramadan sebagai bulan tarbiah yang mendidik jiwa agar lebih berintegriti, berdisiplin dan berakauntabiliti dalam setiap amanah yang digalas.

Penekanan turut diberikan kepada pengukuhan nilai moral dan akhlak yang berpaksikan kemanusiaan, ihsan serta keadilan dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat tanpa mengira latar belakang. Beliau turut mengingatkan agar setiap kementerian memberi perhatian serius terhadap isu ketirisan dan pematuhan kepada peraturan serta tatakelola yang telah ditetapkan.

KPWKM menyokong usaha KDN dalam memperkukuh integriti, memperkemas prosedur serta memastikan penguatkuasaan dilaksanakan secara telus dan tegas agar selari dengan aspirasi Malaysia MADANI demi menjamin keselamatan negara terus terpelihara dan kepercayaan rakyat sentiasa diperkukuh.

ATAS
Accessbility Option