LENSA KPWKM

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT KPWKM TAHUN 1447H 2026M

Program      11 Mac 2026      KPWKM    

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat KPWKM Tahun 2026

11 Mac 2026

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat KPWKM yang diadakan pada hari ini bukan sekadar sebahagian daripada pengisian program bulan Ramadan, tetapi menterjemahkan nilai Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI, dengan memupuk keseimbangan antara pembangunan spiritual dan profesionalisme dalam kalangan warga Kementerian.

Bait-bait ayat Al-Quran yang dialunkan dengan penuh khusyuk di bawah pimpinan Ustaz Sarifudin Sairi menenangkan jiwa, diikuti sesi ceramah berkaitan Ramadan dan Al-Quran yang menekankan agar Al-Quran hendaklah sentiasa dijadikan teman setia sepanjang masa yang disampaikan oleh Dr. Mohd Izwan Md. Yusof dari JAKIM.

Dalam majlis ini, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang Kuiz Ramadan.

Tahniah dan syabas juga kepada semua peserta yang menyertai Program Tadarus Al-Quran Peringkat KPWKM yang telah dilaksanakan bermula dari 28 Februari sehingga 11 Mac 2026. Semoga amalan membaca Al-Quran tidak terhenti di sini sahaja, tetapi terus dijadikan rutin dalam kehidupan seharian.

ATAS
Accessbility Option