Bengkel Penetapan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA) dan Program Utama Demerit Performance Evaluation (DEEP) Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Tahun 2026
6 Oktober 2025
YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mempengerusikan Bengkel Penetapan KPI PPTPA dan Program Utama DEEP bagi tahun 2026.
Bengkel ini telah diadakan untuk merancang dan menetapkan KPI PPTPA dan Program DEEP KPWKM berimpak tinggi bagi tahun 2026 yang dapat memberi manfaat kepada kumpulan sasar kementerian secara menyeluruh. Komitmen berterusan ini mencerminkan usaha kementerian untuk memperkukuhkan lagi tadbir urus prestasi dan akauntabiliti di samping penyampaian kementerian yang lebih cekap.
Bengkel anjuran Bahagian Kolaborasi Strategik (BKS) ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM, barisan Ketua Jabatan dan Agensi, Setiausaha Bahagian dan pegawai penyelaras Bahagian, Jabatan dan Agensi.