LENSA KPWKM
HARI KETIGA SESI KE-69 COMMISSION ON THE STATUS OF WOMEN (CSW 69): SIDE EVENT: CARE AT THE CORE: ASEAN LEADERSHIP IN ADVANCING GENDER EQUALITY THROUGH THE CARE ECONOMY IBU PEJABAT PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT
Mesyuarat 12 March 2025 New York, Amerika Syarikat
Semasa sesi ini, Ketua Setiausaha KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, selaku Ketua Delegasi Malaysia telah menyampaikan Ucaptama. YBhg. Datuk Dr. KSU dalam ucapannya memaklumkan sebagai Pengerusi ASEAN untuk tahun 2025, Malaysia berharap untuk menyumbang kepada usaha serantau berkaitan ekonomi penjagaan.
Di Malaysia, kerjasama dengan semua pihak dalam melaksanakan perancangan yang terkandung dalam Kerangka Strategik Industri Penjagaan 2026-2030 dilihat akan dapat membuka satu lagi ruang dan peluang ekonomi serta pekerjaan baharu kepada rakyat. Seterusnya akan dapat menyumbang kepada pendapatan dan pembangunan negara.
Semasa sesi perbincangan, ahli panel telah menyampaikan bagaimana di peringkat ASEAN, ekonomi penjagaan dapat memacu kesaksamaan gender dan pembangunan inklusif di kalangan ahli-ahlinya. Mereka juga menekankan bagaimana Deklarasi ASEAN mengenai Ekonomi Penjagaan adalah selari dengan SDG 5.4 di mana tumpuan diberikan kepada pentingnya untuk mengiktiraf dan menyokong kerja penjagaan (care work).
Turut sama menyampaikan ucapan semasa sesi ini adalah Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn, serta wakil kepada Setiausaha Eksekutif UN ESCAP, Cik Cai Cai.