Majlis Berbuka Puasa Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa Program Cahaya Ramadan Bersama Gardenia di ISTAC IIUM.
Program hasil kerjasama strategik antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. ini memberi manfaat kepada 50 keluarga asnaf melalui sumbangan dana berjumlah RM25,000 untuk memilih dan melengkapkan keperluan Raya mengikut cita rasa sendiri agar Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan meriah.
Menurut YB Hajah Nancy, keprihatinan sektor korporat seperti ini amat penting dalam menyokong usaha kerajaan memastikan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara, khususnya dalam membantu golongan yang memerlukan.
Inisiatif ini turut menyemarakkan semangat Ramadan melalui pengagihan roti Gardenia kepada masjid terpilih serta sumbangan duit raya kepada keluarga terlibat, sekali gus mencerminkan nilai kebersamaan, empati dan kasih sayang dalam masyarakat.