YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada Yayasan Hasanah yang diketuai oleh Puan Siti Kamariah Ahmad Subki , Pengarah Urusan dan Pemegang Amanah daripada Yayasan Hasanah. Kunjungan hormat tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada agensi di bawah KPWKM.
Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan Yayasan Hasanah kepada KPWKM selain membincangkan potensi kolaborasi yang dapat dijalankan antara pihak Kementerian dan Yayasan Hasanah terutamanya dalam aspek pemerkasaan kumpulan sasar KPWKM.
KPWKM sentiasa bersedia dan terbuka untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam menjayakan program-program yang dapat membantu meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan masyarakat khususnya kumpulan sasar di bawah KPWKM.