LENSA KPWKM

SESI MOCK DIALOG KONSTRUKTIF KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK BERSAMA PAKAR JEMPUTAN

Mesyuarat      6 Januari 2026      KPWKM    

Sesi Mock Dialog Konstruktif Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak Bersama Pakar Jemputan

6 Januari 2026

Malaysia sedang bersiap sedia untuk terlibat dalam Dialog Konstruktif Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang akan berlangsung di Geneva pada 22 dan 23 Januari 2026, selaras dengan komitmen berterusan negara dalam melindungi dan memelihara hak kanak-kanak.

Sebagai persediaan akhir menjelang sesi dialog tersebut, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Sesi Mock Dialog Konstruktif Laporan Berkala Kedua hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) yang telah menghimpunkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh kesiapsiagaan delegasi melalui simulasi dialog sebenar, penyelarasan naratif negara serta koordinasi antara agensi. Sesi ini telah dipengerusikan oleh YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri KPWKM.

KPWKM amat menghargai sokongan berterusan Kementerian dan Agensi berkaitan isu kanak-kanak khususnya berkaitan CRC. Sesi ini turut disertai oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff Ketua Setiausaha KPWKM, pegawai-pegawai kanan Kementerian dan Agensi serta pakar bidang di dalam isu-isu berkaitan.

ATAS
Accessbility Option