LENSA KPWKM

EMPOWERING LIVES, EXPANDING HORIZONS: THE REACH INDEPENDENCE & SUSTAINABLE ENTREPRENEURSHIP (RISE) CELEBRATION OF DISABILITY INCLUSION EVENT

Program      3 Disember 2025      Kuala Lumpur    

Empowering Lives, Expanding Horizons: The Reach Independence & Sustainable Entrepreneurship (RISE) Celebration Of Disability Inclusion Event

3 Disember 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyempurnakan Program Empowering Lives, Expanding Horizons: The Reach Independence & Sustainable Entrepreneurship (RISE) Celebration of Disability Inclusion Event di Menara Maybank, Kuala Lumpur.

KPWKM menyokong sepenuhnya inisiatif Maybank melalui Program R.I.S.E. yang membuka peluang kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk memperkasa ekonomi diri dan mencipta kejayaan. Dalam majlis ini, turut diadakan sesi perkongsian oleh usahawan-usahawan dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Cambodia mengenai pengalaman dan cabaran yang dilalui untuk mengecapi kejayaan agar menjadi inspirasi kepada masyarakat.

Sehingga kini, R.I.S.E. telah memperkasa lebih daripada 49,000 individu di seluruh ASEAN, termasuk golongan OKU. Program ini membantu mereka menjana sumber pendapatan, mengurangkan kebergantungan kepada bantuan kewangan luar, menjadi lebih berdikari serta mampu mengubah kehidupan ke arah yang lebih baik.

Kerajaan mengalu-alukan inisiatif seperti R.I.S.E. yang melengkapi usaha sedia ada dan memperkukuh keupayaan bersama dalam menyediakan peluang sosioekonomi kepada OKU, wanita, warga emas serta kumpulan rentan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13.

Usaha sebegini dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat seterusnya menyumbang kepada pembangunan yang inklusif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Turut sama hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa, Pengerusi Maybank Group, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi.

ATAS
Accessbility Option