LENSA KPWKM

KURSUS AUDIT DALAM ANTI-BRIBERY MANAGEMENT SYSTEMS (ABMS) MS ISO370012016 TAHUN 2025

Mesyuarat      25 Ogos 2025      Negeri Sembilan    

Kursus Audit Dalam Anti-Bribery Management Systems (ABMS) MS ISO37001:2016 Tahun 2025

25-27 Ogos 2025

Sejajar dengan komitmen berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam mengekalkan standard MS ISO37001:2016, Unit Integriti, KPWKM telah menganjurkan Kursus Audit Dalam Anti-Bribery Management Systems (ABMS) MS ISO 37001:2016 selama tiga hari bertempat di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 25 orang peserta yang merupakan Juruaudit Dalam dari pelbagai Bahagian dan Unit di KPWKM dan taklimat telah disampaikan oleh Encik Azhar, wakil konsultan dari Syarikat EQMA.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memperkemas dan memperkasa kefahaman para Juruaudit Dalam terhadap aspek kritikal seperti Tatacara Pengauditan, Manual ABMS, dan Senarai Semak Audit. Ia merupakan inisiatif proaktif bagi memastikan setiap juruaudit dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan sebelum memulakan pengauditan di Bahagian dan Unit di KPWKM.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua Juruaudit Dalam atas komitmen dan semangat tinggi yang ditunjukkan. Semoga ilmu serta kemahiran yang diperoleh akan digembleng sepenuhnya dalam melaksanakan tugas audit dengan lebih telus dan berkesan.

ATAS
Accessbility Option