LENSA KPWKM

KURSUS INSPIRED TEAM @ KPWKM 2025

Latihan      11 Julai 2025      Perak    

Kursus Inspired Team @ KPWKM 2025

11 - 13 Julai 2025

Kursus Inspired Team @ KPWKM 2025 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia(BPSM KPWKM) telah menghimpunkan seramai 68 orang peserta daripada kalangan pengurusan tertinggi dan warga kerja Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam satu platform pembangunan pasukan yang penuh inspirasi. Program ini memberi fokus kepada pembinaan semangat kerjasama, komunikasi berkesan dan pemikiran strategik dalam memperkukuh budaya kerja berteraskan nilai integriti dan profesionalisme bagi memacu kecemerlangan penyampaian perkhidmatan di KPWKM.

Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk sesi team building dan cabaran CSI Explorace yang menguji kekuatan minda, kerjasama dan kebijaksanaan peserta dalam menyelesaikan tugasan. Suasana penuh semangat dan harmoni yang terjalin sepanjang program telah menyatukan warga kerja KPWKM sebagai sebuah pasukan yang lebih dinamik dan berdaya saing. Kemuncak kursus ini adalah majlis penutupan yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM yang menekankan pentingnya nilai kerja berpasukan dan kebersamaan serta integriti dalam memacu kecemerlangan kementerian.

Kursus Inspired Team ini bukan sekadar latihan – ia adalah pelaburan dalam membentuk budaya kerja MADANI yang lebih proaktif, kolaboratif dan lestari. Semoga segala ilmu, pengalaman dan semangat yang dibina terus disemai dalam setiap gerak kerja warga KPWKM ke arah merealisasikan agenda reformasi demi kesejahteraan rakyat dan negara.

Secara keseluruhannya, Kursus Inspired Team @ KPWKM 2025 telah berjaya menjadi satu platform pembangunan sumber manusia yang mantap dan mampu menyumbang ke arah pembentukan budaya kerja cemerlang secara berterusan dalam perkhidmatan awam.

KPWKM AWESOME - Tahniah Warga Kerja KPWKM yang terpilih dan berjaya menamatkan kursus ini dengan cemerlang ????????????.

ATAS
Accessbility Option