Bengkel Penyelarasan Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-13 KPWKM
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sebagai platform untuk menyelaras perancangan, pelaksanaan serta pemantauan projek dan program Kementerian bagi memastikan setiap inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara teratur, berimpak dan menepati sasaran.
Bengkel ini turut memberi tumpuan kepada penelitian pelaksanaan projek termasuk hasil (atau outcome) dan keperluan peruntukan serta isu dan cabaran yang dihadapi bagi memastikan perancangan pembangunan KPWKM sentiasa selari dengan keutamaan Kerajaan dan keperluan rakyat.
Penyelarasan yang menyeluruh dan bersepadu ini penting bagi memastikan setiap peruntukan yang disediakan dapat dimanfaatkan secara optimum dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada wanita, kanak-kanak, keluarga, warga emas dan golongan rentan.
Bengkel ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM yang turut disertai oleh Pegawai Kanan KPWKM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) , serta Institut Sosial Malaysia (ISM).