Kunjungan Hormat Tabung Haji Cawangan Putrajaya Kepada Timbalan Ketua Setiausaha (P) KPWKM
12 Jun 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Tabung Haji (TH) Cawangan Putrajaya yang diketuai oleh Puan Hajah Siti Nabilah Annuar, Pengurus TH Cawangan Putrajaya.
Delegasi TH telah disambut oleh YBhg. Datin Safida Zalma Mohd. Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM. Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim serta membincangkan potensi kerjasama strategik antara KPWKM dan TH, khususnya dalam penganjuran Taklimat Produk-Produk Terkini Tabung Haji dan Kursus Asas Haji kepada warga KPWKM.
KPWKM menyambut baik inisiatif dan kesediaan pihak TH untuk berkongsi maklumat serta memberikan pendedahan berkaitan pengurusan kewangan haji, simpanan dan persediaan awal bagi menunaikan ibadah haji. Program yang dicadangkan dijangka memberi manfaat kepada warga KPWKM dalam meningkatkan kefahaman dan perancangan ke arah melaksanakan Rukun Islam yang kelima.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat diperkukuhkan demi manfaat bersama serta menyokong usaha memperkasa kesejahteraan dan pembangunan modal insan warga KPWKM.