LENSA KPWKM

ZIARAH KASIH KPWKM HARI KETIGA

Program      18 Mei 2025      Sabah    

Ziarah KASIH KPWKM: Hari Ketiga

18 Mei 2025

KPWKM Peduli Rakyat bukan sekadar slogan. Kami akan terus berusaha memastikan tiada yang tertinggal khususnya kumpulan sasar Kementerian.

Memasuki hari ketiga kembara, Konvoi Kembara KASIH KPWKM bergerak ke Penampang bagi menyantuni penerima Bantuan Pesakit Terlantar iaitu Encik Richard Mindong @ Richard James dan klien LPPKN, Puan Rofna Primus.

Takdir kadangkala datang menguji dalam bentuk yang tidak disangka. Encik Richard Mindong merupakan penghidap kanser kolon dan pernah diserang strok. Sehingga kini, beliau masih menerima rawatan kemoterapi dan terapi anggota badan selepas serangan strok tersebut. Manakala Puan Rofna Primus berusia 57 tahun merupakan seorang balu telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2024. Beliau juga telah menjalani pembedahan left mastectomy pada 31 Disember 2024.

Konvoi Kembara KASIH KPWKM hari ini tampil bagi memberikan sumbangan berupa Bakul Makanan JKM, Kit Kesihatan LPPKN serta Sumbangan Wang Tunai YKN yang telah disampaikan oleh YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha KPWKM.
Sumbangan ini mungkin tidak setanding dengan nilai kesihatan tetapi diharapkan ia dapat mengukir senyuman di bibir penerima-penerima bantuan dan meringankan beban mereka sekeluarga.

Hari ini orang lain diuji, esok lusa siapa tahu masa kita. Kami sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat kedua-dua penerima bantuan ini.

ATAS
Accessbility Option