LENSA KPWKM

MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KESKEB KPWKM) TAHUN 2025

Mesyuarat      9 Mei 2025      KPWKM    

Kelab Sukan dan Kebajikan KPWKM menjadi salah satu platform terbaik untuk menyatukan seluruh warga KPWKM melalui pelaksanaan pelbagai program dan aktiviti berteraskan gaya hidup sihat dan pengukuhan jalinan sosial.

Hari ini telah berlangsung Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Kebajikan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KESKEB KPWKM) Tahun 2025 yang disertai oleh 200 orang ahli KESKEB.

Mesyuarat ini diadakan di Dewan Perdana Nur dan dirasmikan oleh YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha Operasi, KPWKM.

Dalam mesyuarat ini, telah dibentangkan aktiviti-aktiviti anjuran KESKEB KPWKM, pembentangan penyata kewangan KESKEB KPWKM Tahun 2024, pemakluman Ahli Jawatankuasa baharu serta pembentangan cadangan program untuk tahun 2025.

Tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang baru dilantik diketuai oleh Encik Mohd Hanapi bin Mohammad Hanapiah. Tidak lupa juga setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa Kelab tahun 2023/2025 yang telah menyumbang tenaga dan berjaya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi sepanjang dua tahun yang lalu.

Semoga KESKEB KPWKM akan terus cemerlang dan proaktif dalam menjalankan aktiviti di samping memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga kementerian.

ATAS
Accessbility Option