LENSA KPWKM

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA SOROPTIMIST INTERNATIONAL SOUTH EAST ASIA PASIFIC (SISEAP) KE ATAS MENTERI PWKM

Mesyuarat      5 Mac 2026      KPWKM    

Kunjungan Hormat daripada Soroptimist International South East Asia Pasific (SISEAP) ke atas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyakat

5 Mac 2026

Hari ini, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Soroptimist International South East Asia Pacific (SISEAP) yang di ketuai oleh YBhg. Puan Sri Siew Yong Gnanalingam, Mantan Presiden SISEAP dan Dr. Saradha Narayanan, Penolong Penyelaras Program SISEAP di Aras 38, Bangunan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Sesi pertemuan bertujuan untuk membincangkan potensi kerjasama yang dapat dijalankan antara KPWKM dan SISEAP, khususnya dalam usaha memperkasa dan meningkatkan taraf hidup golongan wanita di rantau Asia Pasifik.

Melalui sinergi antara kerajaan dan organisasi antarabangsa seperti SISEAP, dilihat penting bagi meneroka peluang untuk memperkukuh kesejahteraan masyarakat khususnya golongan wanita secara inklusif.

Turut hadir bersama adalah SUB Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Kebajikan Negara.

ATAS
Accessbility Option