LENSA KPWKM

KARNIVAL SUPER ABAH SEMPENA SAMBUTAN HARI BAPA 2025

Program      5 Julai 2025      Johor    

Karnival Super Abah Sempena Sambutan Hari Bapa 2025

5 Julai 2025

Gelora Sambutan Hari Bapa 2025 diteruskan KPWKM melalui Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dengan pelaksanaan ‘Karnival Super Abah’ yang dirasmikan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Astaka Shahbandar, Batu Pahat, Johor.

Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh hubungan antara ayah dan anak lelaki serta keluarga melalui pendekatan aktiviti bersama, komunikasi terbuka dan pemahaman tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan.

Karnival yang dilaksanakan selama tiga hari bermula 4 hingga 7 Julai ini membawa pengisian berbentuk kekeluargaan yang dihadiri oleh komuniti setempat bersama keluarga masing-masing.

Antara pengisian adalah Bicara Santai Tapi Sampai dengan tajuk ‘Ayahku Kapten Keluarga’, Program Yok Dolan-dolan atau Jom Jalan-jalan bersama keluarga sejauh dua kilometer sekitar Bandar Batu Pahat yang menyaksikan keakraban keluarga dengan Ayah, Ibu dan anak-anak berjalan santai beramai-ramai. Turut diadakan Tayangan Wayang Pacak yang meriah ditonton oleh orang ramai dengan membawa keluarga masing-masing berkelah santai sambil menonton tayangan filem seniman lagenda negara iaitu P.Ramlee.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut diadakan antaranya Pertandingan Liga Abah, Yok Ngeteh - Lelaki dan Kesuburan serta saringan kesihatan dan pameran agensi kerajaan.

ATAS
Accessbility Option