LENSA KPWKM

BACAAN RANG UNDANG-UNDANG PROFESION KERJA SOSIAL (RUU PKS) UNTUK KALI YANG KEDUA DAN KETIGA

Aktiviti      14 Julai 2026      Parlimen    

RUU PROFESION KERJA SOSIAL 2026 PERKUKUH PROFESION DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT

14 Julai 2026

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membentangkan Bacaan Kedua Dan Ketiga Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Kerja Sosial 2026 di Dewan Rakyat hari ini.

Penggubalan RUU ini merupakan usaha Kerajaan MADANI untuk memperkukuh profesion kerja sosial melalui satu kerangka perundangan yang lebih tersusun, sekali gus memastikan rakyat menerima perkhidmatan daripada pengamal yang berkelayakan, kompeten dan beretika.

Seiring dengan peningkatan isu sosial dan perubahan demografi negara, RUU ini diwujudkan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kerja sosial agar lebih cekap, berkesan dan selamat untuk manfaat rakyat.

RUU Profesion Kerja Sosial 2026 juga dijangka memperkukuh kerjasama antara Kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO), di samping membuka lebih banyak peluang kerjaya dalam bidang kerja sosial. Penggubalan RUU ini merupakan langkah penting dalam memperkasa profesion kerja sosial serta memperkukuh ekosistem kesejahteraan sosial negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang mengutamakan kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Seramai 23 pembahas terdiri daripada ahli parlimen Dewan Rakyat telah menyatakan pendirian dan persoalan berkaitan RUU PKS.

Turut hadir dalam sesi ini ialah YB. Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri KPWKM, YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, KSU KPWKM, ketua-ketua Jabatan dan Agensi serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

ATAS
Accessbility Option