LENSA KPWKM

SESI PENYERAHAN NOTA SERAH TUGAS DARIPADA YBRS. PUAN FARAH ADURA KEPADA YBHG. DATIN SAFIDA ZALMA, TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA PENGURUSAN KPWKM YANG BAHARU

Aktiviti      7 Januari 2026      KPWKM    

YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah telah memulakan tugas secara rasmi sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hari ini. Ketibaan YBhg. Datin telah disambut oleh pihak pengurusan Kementerian.

Seterusnya, sesi pertemuan bersama Setiausaha-setiausaha Bahagian di bawah Sektor Pengurusan telah diadakan bagi memperkukuh pemahaman terhadap peranan dan fungsi setiap Bahagian.

Pertemuan ini turut menyaksikan Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas daripada YBrs. Puan Farah Adura kepada YBhg. Datin Safida Zalma, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan KPWKM yang baharu, dengan disaksikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM.

Pelantikan ini diharapkan dapat memperkukuh tadbir urus serta mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan KPWKM dalam mendukung agenda Malaysia MADANI.

Seluruh warga KPWKM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YBrs. Puan Farah Adura Hamidi atas segala sumbangan, khidmat bakti serta komitmen beliau dalam menerajui sektor pengurusan di KPWKM sebelum ini. Semoga terus cemerlang dalam menjalankan amanah dan tugas di tempat baharu.

ATAS
Accessbility Option