LENSA KPWKM

JELAJAH PUSAT SOKONGAN SOSIAL SETEMPAT BERGERAK (PSSS) YKN GEGAR TAWAU

Program      24 Mei 2025      Sabah    

Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat Bergerak (PSSS) YKN gegar Tawau

24 Mei 2025

Jelajah Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) Bergerak Yayasan Kebajikan Negara (YKN) menggegarkan daerah Tawau yang menjadi program terakhir sebelum Majlis Penutupan Kembara KASIH KPWKM 2025.

PSSS Bergerak ini menawarkan perkhidmatan psikososial yang holistik kepada masyarakat seperti bimbingan dan kaunseling serta menjadi pusat rujukan perkhidmatan yang ditawarkan Jabatan dan Agensi di bawah KPWKM.

YB Datuk Rina Hj. Jainal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukusan turut hadir di trak PSSS Bergerak ini bagi menandatangani plak simbolik Jelajah Kasih PSSS @ Sabah.

KPWKM melalui YKN mengambil langkah proaktif untuk memperluas lagi perkhidmatan ini ke seluruh negara bagi membantu lebih ramai masyarakat khususnya mereka yang memerlukan bantuan sokongan emosi dan psikososial.

ATAS
Accessbility Option