LENSA KPWKM

PAMERAN WALL OF IRON STRONG BERI KESEDARAN ANEMIA KEKURANGAN ZAT BESI KANAK-KANAK

Program      20 Ogos 2025      Putrajaya    

Pameran “Wall of Iron Strong” Beri Kesedaran Anemia Kekurangan Zat Besi Kanak-Kanak

20 Ogos 2025

YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, telah merasmikan Pameran ‘The Wall of Iron Strong’ di Putrajaya hari ini.

KPWKM sentiasa menggalakkan dan menyokong penuh inisiatif yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar kanak-kanak.

Pameran anjuran Danone Malaysia ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai isu anemia kekurangan zat besi dalam kalangan kanak-kanak dan cara-cara untuk menanganinya.

Kekurangan zat besi bukanlah masalah kecil kerana ia boleh menjejaskan tumbesaran fizikal, keupayaan pembelajaran, dan keyakinan diri anak-anak.

KPWKM sebagai kementerian yang bertanggungjawab memperkasa kebajikan kanak-kanak, sentiasa memberi penekanan akan tumbesaran yang sihat dan minda yang cerdas untuk golongan ini.

Hadir sama dalam program ini ialah YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, YBhg. Dato’ Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Puan Nordina Haron, Ketua Pegawai Eksekutif YKN serta pegawai- pegawai Jabatan dan Agensi KPWKM.

ATAS
Accessbility Option