LENSA KPWKM

PROGRAM PENGUKUHAN INTEGRITI

Program      15 Mei 2026      KPWKM    

Program Pengukuhan Integriti KPWKM

15 Mei 2026

Hari ini telah berlangsung dengan jayanya Program Pengukuhan Integriti anjuran Unit Integriti, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang menampilkan YBhg. Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias bagi menyampaikan ceramah khas bertajuk “Korban Integriti: Jiwa dan Keluarga Terkorban”.

Program ini diadakan bertujuan untuk memperkukuh pemahaman serta penghayatan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam, selaras dengan usaha berterusan KPWKM dalam membudayakan perkhidmatan awam yang berintegriti, beretika dan profesional.

Sesi ini turut disiarkan secara langsung melalui Facebook Live KPWKM bagi memberi peluang penyertaan yang lebih meluas kepada warga kementerian dan masyarakat umum. Kehadiran adalah seramai 110 orang secara fizikal dan 490 orang secara dalam talian.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penceramah jemputan serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Semoga segala ilmu dan perkongsian yang disampaikan menjadi pedoman dalam kehidupan seharian dan tugas kita bersama.

ATAS
Accessbility Option