LENSA KPWKM

SESI LAWATAN KERJA TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA (STRATEGIK) KPWKM KE RUMAH PERLINDUNGAN WANITA ZON TENGAH

Lawatan      10 April 2026      Selangor    

Sesi Lawatan Kerja Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM Ke Rumah Perlindungan Wanita Zon Tengah

10 April 2026

Hari ini, YBrs. Encik Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengadakan lawatan kerja ke Rumah Perlindungan Wanita Zon Tengah (RPWZT), Selangor.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk meninjau keadaan premis serta pengoperasian Rumah Perlindungan, termasuk aspek pengurusan kes bagi mangsa pemerdagangan orang yang ditempatkan di premis tersebut. Lawatan ini juga memberi peluang untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai keperluan mangsa sebagai kumpulan sasar khususnya kementerian.

Lawatan turut dihadiri oleh YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan); Encik Asmar Asmadi bin Abdullah Sani, Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik (BDPS); YBrs. Dr. Faridah binti Awang, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), serta wakil-wakil daripada BDPS dan JPW.

KPWKM akan terus komited dalam memperkukuh kualiti penyampaian perkhidmatan secara menyeluruh, khususnya dalam menyokong pegawai dan kakitangan di lapangan, di samping memastikan kebajikan serta keperluan mangsa pemerdagangan orang sentiasa dipelihara dengan sebaiknya.

ATAS
Accessbility Option