LENSA KPWKM

WARNA-WARNI FUN WALK SEMPENA SAMBUTAN HARI ORANG KURANG UPAYA 2025

Program      3 Disember 2025      Putrajaya    

Warna-warni Fun Walk sempena Sambutan Hari Orang Kurang Upaya 2025

3 Disember 2025

Penuh warna, penuh ceria! Telatah dan gelagat comel dirakam lensa KPWKM di acara Fun Walk yang berlangsung pada pagi ini di Kompleks Perbadanan Putrajaya sempena Sambutan Hari Orang Kurang Upaya 2025.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik diikuti acara flag-off yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama YBhg. Datuk Che Murad Sayang bin Ramjan, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat.

Fun Walk sepanjang 3km ini disertai oleh pelbagai peringkat lapisan masyarakat antaranya penjawat awam OKU, pelajar PPKI, pelajar IPT dan PPDK. Setiap langkah dan gerakan mencerminkan semangat keterangkuman, meraikan kepelbagaian keupayaan dan potensi komuniti OKU.

Sambutan ini juga sarat dengan pengisian dan aktiviti menarik sepanjang hari antaranya reruai Pameran Informasi dan Perkhidmatan pelbagai jabatan dan agensi, Pameran Inovasi dan Teknologi, Jualan Produk PDK, Segmen Latihan Kemahiran dan Pekerjaan, Forum Anak Autisme, Pertandingan Penulisan dan Deklamasi Sajak, Segmen Perkongsian OKU, Pemeriksaan Kesihatan dan banyak lagi.

Ayuh, bersama kita bina masyarakat inklusif untuk semua demi masa depan negara yang sejahtera.

ATAS
Accessbility Option