LENSA KPWKM

KAMPUNG ANGKAT MADANI KPWKM MERAKYATKAN TEKNOLOGI NUKLEAR

Program      8 Ogos 2025      Kelantan    

Kampung Angkat MADANI KPWKM Terbaik Merakyatkan Teknologi Nuklear

8 Ogos 2025

Kampung Pasir Pekan Tengah Tumpat, Kelantan yang merupakan Kampung Angkat MADANI, KPWKM menjadi contoh terbaik dalam usaha untuk memperkenalkan dan menyampaikan teknologi nuklear kepada masyarakat menerusi Program Satelit Teknologi Nuklear Santuni Kasih Rakyat sempena Program MADANI Rakyat 2025 Kelantan.

Pembinaan jeti terapung di Kampung Angkat MADANI KPWKM ini merupakan hasil inovasi penyelidik Nuklear Malaysia yang menggunakan teknologi biokomposit mesra alam serta modul apungan khas yang berfungsi sebagai hub penyaluran bantuan ketika banjir, laluan operasi untuk pasukan penyelamat, di samping menjadi tarikan pelancongan yang berlatar belakang Sungai Kelantan.

Pelaksanaan projek ini secara tidak langsung menjadi bukti sokongan KPWKM terhadap aspirasi Kerajaan MADANI yang menekankan nilai Keilmuan, Kesejahteraan dan Keterangkuman dalam kalangan masyarakat melalui pemindahan ilmu, kemajuan sains, teknologi serta inovasi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D).

Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM dan pegawai-pegawai dari Kementerian yang turun padang memeriahkan program yang sarat dengan pelbagai pengisian menarik. Antaranya perkongsian ilmu berkaitan teknologi nuklear, pertandingan memancing, mewarna canting kemerdekaan, sukan rakyat, pameran interaktif teknologi nuklear dan pameran bergerak daripada agensi di bawah KPWKM iaitu Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

ATAS
Accessbility Option