Sesi Perbincangan dan Mock Dialog Konstruktif Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak
Bagi memperkemas kesiapsiagaan delegasi Malaysia ke sesi Dialog Konstruktif di Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) pada Januari 2026 di Geneva, KPWKM telah mengadakan Sesi Perbincangan dan Mock Dialog Konstruktif Laporan Berkala Kedua Hingga Keempat Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) pada 15 & 16 Disember 2025.
Sesi ini telah menghimpunkan kementerian dan agensi berkaitan bagi memperkukuh kesiapsiagaan delegasi melalui simulasi dialog sebenar, penyelarasan naratif negara serta koordinasi antara agensi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Maziah binti Che Yusoff Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
KPWKM amat menghargai komitmen berterusan oleh Kementerian dan Agensi yang mencerminkan kesungguhan Malaysia dalam memperkukuh perlindungan, pemajuan dan pemenuhan hak kanak-kanak selaras dengan obligasi CRC.