LENSA KPWKM

22ND SENIOR OFFICIALS MEETING ON SOCIAL WELFARE AND DEVELOPMENT (SOMSWD KE-22)

Mesyuarat      9 September 2026      KPWKM    

SOMSWD Cambodia selaku Pengerusi SOMSWD ke-22 telah menyampaikan ucapan tahniah kepada Malaysia di atas kejayaan penggubalan Akta Profesion Kerja Sosial 2026.

Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Daud Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

SOMSWD Malaysia telah memaklumkan kesediaan untuk menerajui pelaksanaan Flagship Initiative 4 (Output 4.3) dalam SOMSWD Work Plan 2026-2030 pada Mesyuarat SOMSWD ke-22 yang diadakan baru-baru ini.

Malaysia juga telah membentangkan laporan penganjuran 9th ASEAN Children’s Forum (ACF) termasuk rekomendasi yang dihasilkan oleh peserta kanak-kanak di bawah tema “Shielding ASEAN Childhood: Say No to Violence”.

YBrs. Encik Mohd Daud juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran 9th ACF khususnya SOMSWD Focal Points.

Turut hadir ialah wakil dari Bahagian Kesejahteraan Wanita, Kanak-kanak dan Keluarga, Bahagian Kesejahteraan Masyarakat, Bahagian Hubungan Antarabangsa, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

ATAS
Accessbility Option