KPWKM Juara Pertandingan Seni Persembahan Lagu Tradisional Negeri
10 September 2025
Pertandingan Seni Persembahan Lagu Tradisional Negeri – “Dendang Tradisi, Cerita Kita” anjuran PUSPANITA Kebangsaan telah berjaya diadakan bertempat di PUSPANITAPURI, Putrajaya sempena sambutan Hari Malaysia tahun 2025.
Seramai 10 orang finalis dalam kalangan ahli PUSPANITA Cawangan Kementerian telah berentap di peringkat akhir dan KPWKM telah dinobatkan sebagai juara sempena pertandingan tersebut.
Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBhg. Puan Sri Maheran Binti Jamil, Yang Dipertua PUSPANITA.
Turut hadir memberi sokongan ialah YBhg. Puan Hanani Binti Sapit, Pengerusi PUSPANITA KPWKM, Puan Che Salina binti Che Soh, Setiausaha PUSPANITA KPWKM dan Puan Husnani Binti Shamsudin, Ketua Biro EXCO Profesion, Pendidikan
dan Pembangunan Keluarga.