LENSA KPWKM

PROGRAM FINANCIAL WELLNESS MY POCKET KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT

Program      6 Oktober 2025      KPWKM    

Program Literasi Kewangan Financial Wellness: “My Pocket”

6 Oktober 2025

YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KPWKM hari ini telah merasmikan Program Literasi Kewangan Financial Wellness: “My Pocket” yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPWKM dengan kerjasama strategik Bank Negara Malaysia (BNM).

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan pengurusan kewangan di samping meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menabung dan berbelanja secara berhemah. Selain itu, para peserta juga dapat memahami risiko dan kepentingan perlindungan kewangan bagi menjamin kesejahteraan masa depan.

Antara pengisian lain yang diadakan termasuk sesi ceramah yang mengupas pelbagai topik antaranya:

  • Pengurusan Kewangan Peribadi oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)
  • Perancangan Persaraan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  • Jaringan Keselamatan Sosial oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
  • Penipuan Kewangan dan Literasi Kewangan Digital oleh Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Kepentingan Perlindungan Takaful oleh Malaysian Takaful Association (MTA)

Program hari ini turut dimeriahkan dengan reruai pameran daripada agensi-agensi terlibat yang menyediakan pelbagai maklumat terkini serta khidmat nasihat berkaitan produk dan perkhidmatan kewangan.

ATAS
Accessbility Option